Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Surah Al-Hijr, Ayat 39)
Mengerikan , Allahuakbar . Tidak dinafikan perkara ini pernah berlaku kepada wanita-wanita diluar sana . Jadi jangan pelik kalau setiap malam ada perasan isteri bersikap pelik ketika tidur .
Nah , bagaimana jn boleh merogol atau menyetubuhi badan manusia tanpa sedar ?
Jika isteri sering marah-marah dan enggan melayani anda di tempat tidur, elok segera siasat. Periksa pangkal peha isteri dan jika terdapat kesan lebam, jangan buang masa, buat pemeriksaan lebih rapi.
Jika anda dapati pada tempat lebam di pangala peha isteri anda itu terdapat lima lubang halus, jangan berlengah. Itu tandanya isteri anda telah diperkosa jin atau makhluk halus tanpa disedarinya.
Menurut pendakwah dan pengamal perubatan Islam, ramai isteri tidak menyedari tubuh mereka telah diperkosa jin dan makhluk halus ketika tidur disebabkan mengabaikan doa pendinding diri sebelum tidur.
Antara kesan pada wanita apabila dicintai jin adalah;
Wanita akan berasa malas untuk beribadah kepada Allah.
Bagi yang telah berkahwin pula, si isteri mudah menjadi marah kepada suami.
Nafsu seks terhadap suami berkurangan dan enggan melayani suami di tempat tidur.
Jin akan bunuh janin jika si isteri mengandung hasil hubungan dengan suaminya.
Jin akan berusaha sehingga pasangan suami isteri bercerai!
Bagi gadis yang belum berkahwin pula, mereka akan hilang minat untuk berkahwin.
Tanda Wanita Dirogol Jin.
Sering ditindih ketika tidur
Sering ternampak kelibat dan
Sering merasai ada seseorang sewaktu tidur.
Badan berasa letih
Ada kesan lebam pada peha (dan ada mengatakan bahawa terdapat 5 lubang halus pada lebam tersebut)
Jika anda telah dirogol oleh jin, jin tersebut akan merogol anda lagi dihari yang lain. Oleh itu segeralah merawat diri anda jika anda pernah mengalami tanda-tanda yang telah saya nyatakan.
Rawatan Bagi Wanita Yang Dirogol Jin.
Spray bilik tidur 3 hari berturut dengan air yang sudah dibacakan kursi 7x.
Mandi air ruqyah yang sudah dibacakan kursi 7x selama 1 hari sahaja.
Baca kursi dan 3 qul sebelum tidur malam,jika uzur memadai baca didalam hati sahaja.
Elakkan meletak gambar hidup/teddy bear dalam bilik tidur.
Bilik tidur mestilah bersih dan wangi.
Pakaian wangian kasturi sebelum tidur malam
Amalan Untuk Elak Diganggu atau Dirogol Jin Ketika Tidur.
a. Berwuduk sebelum tidur
b. Baca Al-Fatihah dan Kursi sebelum tidur.
c. Baca 3 Qul (Qul huwallah, Qul Auzubirabbil Falaq dan Qul Auzubirabbinnas) hembus ditapak tangan dan sapukan ke tubuh sebelum tidur.
d. Jika anda datang bulan, pasanglah mp3 ayat quran seperti surah al-Baqarah atau ayat ruqyah sebelum dan semasa tidur
e. Jika anda ditindih ketika tidur, Azan lah didalam hati.